Kursus Pembangunan Kapasiti (KPK) adalah satu kursus yang perlu dihadiri oleh pengamal PT&K yang berumur kurang daripada 50 tahun dan tidak memiliki kelayakan diiktiraf namun mempunyai tempoh pengalaman mengamal seperti yang ditetapkan oleh pihak Majlis PT&K dalam empat (4) Bidang Amalan Diiktiraf sahaja iaitu Perubatan Tradisional Melayu, Perubatan Tradisional Cina, Perubatan Tradisional India dan Homeopati.
SIAPAKAH YANG PERLU MENGHADIRI KPK
Pengamal yang perlu menghadiri KPK akan dimaklumkan oleh CMPTK secara bertulis melalui surat dengan tajuk: ‘PEMAKLUMAN KEPERLUAN MENGHADIRI KURSUS PEMBANGUNAN KAPASITI’ yang ditandatangani oleh Setiausaha Majlis PT&K.